Saturday 30 April 2011

Kasih sayang Rasullah

Sekadar nak kongsi info dr buku "Panduan Menghadapi Mati: Keadaan alam
selepas mati bergantung kpd persiapan semasa hidup di dunia ini".

Kita dah biasa dengar kisah Rasulullah SAW yg disaat akhir kematiannya
bertanyakan kpd Jibrail ttg umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail
berkata yg
umat Muhammad SAW akan dihisab dahulu dr umat Nabi lain. Dan kalimat
akhir
yg keluar dr mulut Nabi adalah "umatku, umatku,umatku"

Ini menunjukkan betapa sayangnya Rasulullah SAW dgn
umat-umatnya...bagaimana
dgn kita? Adakah kita sayangkan Nabi Muhammad SAW?

Berikut beberapa kisah di alam akhirat...di mana Rasulullah SAW masih
lagi
utamakan dan sayangkan umatnya.

Suasana di Padang Masyhar

Setelah berada di PM begitu lama dgn segala kepayahan barulah manusia
teringat nak minta tolong dgn Nabi Adam a.s supaya disegerakan
perbicaraan.
Selama 1000 tahun perjalanan, berjumpalah dgn Nabi Adam a.s tapi Nabi
Adam
a.s tak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pulan dgn Nabi Nuh a.s dgn perjalanan seribu
tahun
namun Nabi Nuh a.s pun tak mampu.

Mereka berjumpa pula dgn Nabi Ibrahim a.s dgn perjalanan seribu tahun
namun
Nabi Ibrahim a.s pun tak mampu

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dgn perjalanan seribu tahun namun Nabi
Musa
a.s pun tak mampu

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dgn perjalanan seribu tahun namun Nabi Isa
a.s
pun tak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dgn Nabi Muhammad
SAW .

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad SAW dgn perjalanan seribu tahun
.Mereka
berkata " Wahai NAbi Muhammad , engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup
para
nabi & rasul, berilah pertopongan kepada kami agar kami segera di
hisab"
Jawab Nabi Muhammad SAW, "Aku akan tolong kamu semua"

Rasulullah SAW pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud
kepada
ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH SWT pun
berfirman:

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu
minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu"

Rasulullah SAW menjawab :
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas
hamba-hamba -MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam
keaddan terhina & terseksa sekali"

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan mereka menuju ke Titian yg
terentang
di atas Neraka Jahannam. Keadaan Titian itu lebih halus dari rambut dan
lebih tajam dari mata pedang.

Tidak ada sorang pun terlepas drp melintasi Titian itu. Panjang Titian
itu
sejauh perjalanan 3000tahun, 1000 thn naik keatas, 1000 thn mendatar
dan
1000 thn menurun. (1 thn di akhirat =365 ribu tahn di dunia)

Mereka yg lalu diatasnya berada dlm keadaan senyap sunyi kerana terlalu
bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah SAW yg mengucapkan kalimah :
"Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah
umatku"

Tingkatan Neraka

Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka hawiah, neraka jahim, neraka saqar,
neraka
ladza, neraka hutamah , neraka sa'ir & neraka jahanam. Neraka Jahanam
adalah
neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad SAW yg sombong dan
matinya
tidak sempat bertaubat.

BIla Rasulullah SAW mendengar Jibrail mengatakan neraka jahanam utk
umat
Rasulullah SAW yg sombong, baginda pengsan. Bila sudah sedar, baginda
bersabda "Wahai Jibrail, masih adakah umatku yg masuk neraka?
Jibrail menjawab"Ya, iaitu mereka yg lakukan dosa besar dgn sengaja spt
minum arak,, judi, zina,riba, hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila
pangkat dll"

Rasulullah SAW pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Tuesday 15 March 2011

ASAL USUL 45MINIT BOLA SEPAK

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya
30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?



Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat
memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada
seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab...."Sebab mengapa bola sepak dimainkan dalam 45
minit ialah...

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang
pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan
membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji
bola.Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan.
Oleh itu,jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu
adalah"bola referee"!

HA HA HA !!!"

our Privacy Policy

DIANTARA ANAK ATAU IBU??

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan
keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa
jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor
berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah
tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ...?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih
ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau
menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.......

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat
pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung ... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.
Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah
berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia
tahu apa yang harus dilakukannya.
--------------------------------------------------------------------------
----------------------------

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh
mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha
menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.
Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan
mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan
terakhir dan muktamat.
Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa,
doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang
lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus
mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si
anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya
terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia
akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya.
Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka.
Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor
muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang
bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah
sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan
mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.
Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada
Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak
dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak
menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk
memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada
doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap
ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal
menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke
gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan
melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan
majlis² ILMU. Mudah²an selamat kita semua di dunia & di akhirat. Amiin.

Wassalam.

Otak Manusia (18sx)

Sila baca sorotan-sorotan cerita dibawah.....

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu ..."cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Kesimpulan Jika korang langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud korang bukannya seorang yang normal. Sebaliknya jika korang terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks....jangan ler korang risau, sebab korang adalah seorang yang normal ..

MACAM MANA KORANG?

Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup kalau
pergaulan kita itu tidak membuahkan rindu di hati manusia.

Thursday 10 March 2011

lawak iktibar

Saya teringat Kuliah Ust Sheik Ismail Hashim..(kalau tak salah).. Pasal
> kepentingan Suami Yang Berilmu dalam Membimbing Keluarga.
>
> Ada seorang lelaki..dia mempunyai 2 orang isteri, isteri pertama bernama
> Hasanah, isteri kedua bernama Aminah...
>
> Maka, walaupun si lelaki ni kurang pengetahuan mengenai agama..tapi kerna
> bersemangat nak praktikan (tanpa mencari lebih ilmu/maybe baca dalam buku
> je..)..dia ingin bersembahyang berjamaah ngan isterinya satu hari....
>
> So, malam isteri pertama(Pn Hasanah), dia pun bersolat berjamaah ngan si
> isterinya, dengan baik..selepas selesai, maka dia pun berdoa la gak..
>
> Malam berikutnya, dia bersolat jemaah pulak dengan isteri keduanya(Pn
> Aminah)...selepas je solat, dia baca la doa...
>
> "Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti HASANAH, wa qi na
> a' za bannar (maafkan saya menulis dalam rumi ye).
>
> Maka, si isteri pun menegur...
>
> "Abang..tak aci la cam nie..."
>
> Si Suami pun terkejut,"Kenapa yanggggg?"
>
> "Iye la bangg, nama Kak HASANAH je yang abang doakan, nama saya takde pun
> abang doakan jugak.."....
>
> "Laa..macam tu ka?...takpa..abang masukkan nama ayanggg sekali ye.."
>
> So, si suami yang kurang berpengetahuan agama ni pun membaca doa tu
> kembali....
>
> "Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti AMINAH, wa qi na
> a' za bannar (maafkan saya menulis dalam rumi ye).
>
> Tak patut - tak patut.....so para suami/bakal menjadi suami patut
> mempelajari ilmu agama banyak-banyak... jgn asyik update/belajar ilmu
> ngorat/keje je ...ilmu agama tu yg lagi kena belajar

Kisah Bapa & Anak Perempuan

CERITA INI TIADA KENA MENGENA PADA YANG HIDUP @ SUDAH TIADA ......
>
> Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia
lebih
> kurang macam ni la...
> Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
> Siti : Ya bapak, ada apa?
> Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
> Siti : Apa?!! (isk bapak aku ni..lain macam jerr)
> Bapak : Bapak kata.....
> Siti : Ya bapak, Siti dengar... Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata
> ni.
> Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua
> tingkap.
>
> Siti pun dalam ragu-ragu tu..dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh.
> Sambil tu dok pikir gak laa..apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah
> takder sapa...tinggal diorang berdua jerr.
> Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh heh...
> Siti : Eh bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis
> aaaa.
> Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!! Jangan bagi bapak
> berkasar.
>
> Siti pun terpaksa la duduk jugak...hati dia takleh cakap laa...berdebar
> giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.
> Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh.. mai masuk dalam
> selimut bapak plak.
> Siti : Apa?!!
> Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu
> karang aaa.
> Siti : Bapak... Siti takut laaa. (nak nangis)
> Bapak : Siti, tengok ni
>
> Siti tak sanggup nak tengok...dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok
> buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon
> nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Siti teringin gak la nak tengok.
> Dia pun bukak la mata sikit-sikit. Dia pun nampak laaaa ........
>
> Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
> Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

Sunday 6 March 2011

SESI MARI BERGELAK

TIDAK ADA HUKUM
Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.


I'm sorry
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.

Gadis : " I'm sorry "

Pelancong : " I'm sorry, too "

Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..

Gadis : " I'm sorry. three "

Pelancong : " What are you sorry for? "

Gadis : " I'm sorry, five "
Pelancong : “ Why are you still saying sorry?? Are you sick??
Gadis: “I’m sorry, seven”
Pelancong: “Okay then I’m sorry eight”




Kejadian Seram di Wad ICU
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah.... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya...


Nenek Ani
Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.

Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.

Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".

Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :

"Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"