Sunday, 27 February 2011

4 Golongan Lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka



Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak
perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......
walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka
dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke
pula abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....
tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /
abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap
firman ALLAH S. W. T.:-

No comments:

Post a Comment